SEJARAH SKBW
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Wan
diberi nama berdasarkan nama Kampung Bukit Wan. Terletak di atas
sebidang tanah yang agak tinggi berbanding tanah di sekelilingnya.
Jaraknya ialah kira-kira 25 km dari Bandar Kuala Terengganu. Murid-murid
sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di Kampung Bukit
Wan, Kampung Lingai, Kampung Bukit Nenasi, Kampung Pondok Lalang dan
beberapa buah kampung kecil.
Sejarah kewujudan sekolah ini bermula daripada cetusan idea oleh Tuan
Haji Abu Bakar bin Salleh seorang guru agama dari Kelantan pada pagi
jumaat 16 April 1948. Beliau mengadakan perbincangan dengan beberapa
rakan pada tarikh itu dan bersepakat menubuhkan sebuah sekolah di
Kampung Bukit Wan untuk memberi pendidikan formal kepada kanak-kanak di
persekitaran. Pada minggu berikutnya terdirilah sebuah bangsal bertiang
kayu dan beratap daun nipah. Bangsal tersebut didirikan di atas
sebidang tanah seluas 2.206 hektar. Penduduk kampung bersetuju melantik
Tuan Haji Abu Bakar bin Salleh menjadi guru untuk mengajar seramai 30
orang kanak-kanak kampung.
Dari tahun ke tahun keramaian murid bertambah dan untuk menampung
keperluan itu pihak Jabatan Pelajaran telah mendirikan beberapa bangunan
tambahan. Pada tahun 1960 sebuah bangunan separuh kekal dibina. Pada
tahun 1968 sebuah lagi bangunan dua bilik darjah dibina untuk menampung
seramai hampir 100 orang murid. Sekolah Kebangsaan Bukit Wan mempunyai 2
blok bangunan 3 tingkat, sebuah bangunan separuh kekal mengandungi satu
bilik darjah, bilik akses, sebuah makmal komputer, bangunan prasekolah
dan sebuah kantin. Pada tahun 2010 sekolah menerima sebuah bangunan
separuh kekal iaitu prasekolah berikutan bangunan lama dirobohkan.
SEJARAH GURU BESAR
BIL
|
TEMPOH
|
NAMA GURU BESAR
|
1
|
1948 - 1951
|
Tn. Haji Abu Bakar bin Salleh
|
2
|
1951 - 1958
|
En. Che Ngah bin Abd. Ghani
|
3
|
19.05.1958 – 15.11.1968
|
Tn. Haji Embong bin Ab. Rahman
|
4
|
16.11.1968 – 02.08.1978
|
Y.M Syed Harun bin Abdullah
|
5
|
03.08.1978 – 30.09.1984
|
En. Wan Ali bin Embong
|
6
|
01.10.1984 – 18.07.1987
|
Tn. Haji Othman bin Omar
|
7
|
16.10.1987 – 30.04.1993
|
Tn. Haji Awang bin Abdullah
|
8
|
01.02.1994 – 15.04.2000
|
En. Ismail bin Awang
|
9
|
01.06.2000 – 15.10.2003
|
En. Aslai bin Abd. Rahman
|
10
|
01.11.2003 – 16.12.2006
|
Pn. Hajah Zainon binti Muhamad
|
11
|
16.12.2006 - SEKARANG
|
Tn. Haji Muslan bin Muslim
|